02 August 2009

Kembara ke Johor

Sudah hampir 8 tahun kami sekeluarga tak menjejak kaki ke Johor.. kesempatan pada 25-27 Julai 2009 yang lalu sempena menghadiri Kursus Pengawasan Tapak, kami tidak melepaskan peluang untuk bercuti di Johor Bahru.

Kembara selama 3 hari itu terasa sangat pendek kerana banyak masa digunakan untuk menziarah saudara2, kkawan lama dan lawatan semula ke asrama UTM sangat mengujakan.. Tambahan dapat menginap di hotel 5*, Puteri Pacific JB meninggalkan kenangan yang sangat manis.. Walaubagaimana pun terasa juga kekurangannya kerana anak sulung, K Yong yang tidak dapat turut bersama kerana dah mula duk asrama...

Di JB, banyak sangat perubahan pembangunan di JB sejak ditinggalkan lebih 15 tahun yang lalu selepas tamat di UTM. Sepanjang jalan Skudai juga telah berbeza sama sekali.. harap2 projek PB di Skudai juga dapat bersaing segera dengan pembangunan yang sediada...

Terima kasih kepada saudara2 dan kkawan di JB yang menyambut kami dengan penuh semangat kkeluargaan, Pak Cik Yacob di Masai, Sdr Sahabudin di Kulai dan Dr Azhan di Pasir Gudang.. Terkilan tak dapat jumpa Abg Zul di Gelang Patah kerana bertugas di laut... Moga jumpa lagi di lain masa...


Cabaran di sepanjang jalan T'ganu-Segamat-JB, pengaruh iklan kepada anak jantan.. 'Transformers'.. terpaksa beli juga sebijik...

Hotel tempat kami menginap.. Tingkat 10

Kembali ke asrama Blok K16, Kg Cengal (dulu2), UTM Skudai..




Di tepi kolam renang..

Cafe 'Singgah Selalu' di Plaza Ansar JB, ABC special...

Di bilik 1023, Hotel Puteri Pacific, JB