30 October 2009

Perjumpaan 4 Generasi

Buat julung-julung kalinya, insyaallah keluarga Bonda Hjh Badariyah Alang Mohd Latip akan mengadakan perjumpaan Hari Keluarga 2009 pada 28-29 November 2009 bertempat di Bukit Merah Laketown Resort.

Perjumpaan tersebut akan menemukan keseluruhan keluarga 4 generasi dari peringkat mak-anak-cucu-cicit seramai lebih 150 orang. Maklumlah pada usia bonda 86 tahun kini telah mempunyai 10 anak, lebih 70 cucu dan lebih 60 cicit. Cuma piot sahaja yang belum ada...

Sebanyak 7 apartment telah ditempah untuk tujuan tersebut. Diantara agenda yang dirancang termasuklah acara silaturrahim sempena Hari Raya Haji, jamuan makan malam dengan doa dan tahlil, sukaneka, acara-acara taman tema air, aktiviti riadah tasik dan sebagainya.

Ringkasan aturcara :

28 Nov 2009 (Sabtu)

2.00 ptg : check-in
3.00 ptg : Pertandingan mewarna kanak-kanak
5.00 ptg : Mandi-manda di kolam renang/aktiviti tasik ; jet ski, banana boat dll
7.00 mlm : Solat Maghrib/Isyak (Jamak)
8.00 mlm : Jamuan makan malam dan sambutan Hari Raya Haji
- doa dan tahlil
- Pakaian wajib Baju Melayu, samping dan busana Kurung
(hadiah kpd pakaian tercantik, kemas utk lelaki dan wanita)
- ucapan-ucapan
- acara seni dan pentas
- penyampaian hadiah
- sesi bergambar

29 Nov 2009 (Ahad)

7.00 pg : Sarapan
8.00 pg : Sukaneka
10.00 pg : Taman Tema Air, aktiviti tasik, ecopark, dll.
1.00 t'hari : Check-out
1.30 ptg : Sesi bergambar
2.00 ptg : Bersurai (makan tengahari sendiri2 hehe...)

Anggaran kos :
- 1 apartment (3 bilik) = RM300.00
- Makan (Dewasa) = RM 50.00 seorang

Semoga rancangan ini akan berhasil dengan jayanya, dan matlamat perjumpaan ahli-ahli keluarga dapat disempurnakan... Selamat berjumpa di sana...