Alhamdulillah... segala yang dirancang akhirnya telah berjaya dijalankan.
Program yang telah mula dirancang 3-4 tahun yang lepas telah berjaya mengumpulkan seramai 136 ahli keluarga dari jumlah 170 orang anak-cucu-cicit Bonda Hjh Badariyah Alang Mohd Latip. Perjumpaan yang dinamakan "Tautan Kasih 4 Generasi" itu telah diadakan di Waterfront Villa, Bukit Merah Laketown Resort pada 28-29 Nov. 2009.
Program bermula
check-in di Bukit Merah mulai jam 11.00 pagi, makan tengahari di pinggir tasik dan pertandingan mewarna bermula jam 4.00 petang. Pada sebelah malam, acara dimulakan dengan tahlil dan doa arwah, makan malam, berzanji (Hj Tarmidzi dan Abg Baharuddin), nasyid (kump. keluarga Abd. Razak), bacaan sajak (oleh Mohd Amin Abd Razak, Aisyah Syahidah dan pak su Pudzil), pengenalan setiap keluarga, cabutan bertuah, penyampaian hadiah dan pelbagai lagi acara yang menarik yang tidak akan dapat dilupakan.
Acara malam yang berakhir jam 12.00 tengahmalam itu dihoskan oleh pak su Pudzil dan Jamilah Zakaria dan diserikan dengan setiap keluarga mengenakan pakaian lelaki baju melayu lengkap bersamping dan wanita dengan busana kurung. Pakaian tercantik dimenangi oleh Abg Baharuddin Mohd Daud (lelaki) dan Siti Razhilahana Ibrahim (wanita).
Pagi Ahad acara senamrobik dimulakan seawal jam 7.00 pagi dihoskan oleh adik Shahira Mahi-yuddin dan adik Haslinda Abd Kadir. Semua peserta telah bersama-sama dalam pelbagai gaya senaman, tarian 'chicken dance' dan 'poco-poco'. Seterusnya sarapan pagi diikuti dengan sukaneka, 'musical chair' dan penyampaian hadiah.
Seterusnya semua keluarga telah berendam di kolam renang di Suria Villa hingga makan tengahari dan seterusnya mula pulang ke destinasi masing-masing bermula jam 3.00 petang.
Video-video kenangan...
Adegan yang tak sanggup ku lihat... adoi...!!!