24 November 2010

Tahniah Angah 5A UPSR 2010


Tahniah...!!! Tahniah...!!! Tahniah...!!!

Tahniah kepada Angah kerna dpt jge 5A UPSR 2010... berkat usaha gigih dan bantuan tanpa jemu para guru akhirnya membuahkan hasil...

Keputusan UPSR 2010 telah diumumkan pada 11/11/2010. Seramai 32 orang pelajar dari SK Paka II telah beroleh 5A pada tahun 2010 ini.

Tahniah pada semua...

11 October 2010

Walimatul Urus "Shahril & Eida"


Bagi pihak Enda Hj. Tarmidzi Mohd Daud, menjemput semua ahli keluarga ke majlis perkahwinan anak lelaki ; Shahril Azizi Hj. Tarmidzi dengan Norirdawati bt. Ramli seperti berikut :-

Tarikh : 6 November 2010 (Sabtu)
Masa : 12.00 tengahari - 4.00 petang
Alamat : No. 121, RTBK Perlop 2 Lasah, 31110 Sg. Siput (U), Perak.

Semoga dengan kehadiran semua akan menyerikan lagi majlis ini.

30 September 2010

Raya 2010 : Tahun Reunion

Hari Raya Aidilfitri 2010 telah disambut dengan pelbagai memori yang indah dan manis. Dengan kemudahan sesawang laman sosial facebook telah mempertemukan ramai guru-guru dan sahabat-sahabat lama yang telah lama berpisah. Maka, pada tahun ini dengan mengambil peluang yang ada telah menjayakan perjumpaan2 reunion yang sangat berharga. Diantaranya :-

1. 10 Sept 2010 (Raya Pertama) : Reunion bekas pelajar dan guru SK Bandar Tua. Perjumpaan yang pertama selepas 29 tahun bersama Cikgu Zinuddin dan Cikgu Mariam bersama-sama bekas murid SKBT di rumah Tn Hj Yunos, Pasir Jenderis.

Perjumpaan Reunion SKBT

2. 11 Sept 2010 (Raya Ke-2) : Perjumpaan keluarga Hjh. Badariyah Alang Mohd Latip di Kg Bandar Tua, Kg Gajah.

3. 12 Sept 2010 (Raya Ke-3) : Reunion bekas pelajar dan guru-guru SM Dato Seri Maharajalela (SMDSML), Kg Gajah di Dewan Sekolah. Teman tidak dapat hadir kerana bertembung dengan reunion di SM Teknik Ipoh. Perjumpaan semula selepas 24 tahun.

Perjumpaan Reunion SMDSML

4. 12 Sept 2010 (Raya Ke-3) : Reunion bekas pelajar dan guru-guru SM Teknik Ipoh (SMTI), Persiaran Brash, Ipoh di Dewan Sekolah. Perjumpaan semula selepas 24 tahun.

Perjumpaan Reunion SMTI

Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan perjumpaan-perjumpaan reunion di atas.

Anak2 ku... Dengarlah Harapan Ibubapa...

Nukilan ini teman petik dari web Masjid Assobirin, Taman Lembah Keramat. Ustaz Farhan ialah Timbalan Nazir masjid itu...

Sempena Aidilfitri 2010 ini... hayatilah harapan seluruh ibu bapa ini....


Gambar Hiasan



HARAPAN IBUBAPA


SATU HARI NANTI APABILA KAMU MELIHAT KAMI MENJADI TUA, LEMAH, BERKEDUT, PELUPA, HODOH, BURUK, TIDAK CERGAS, NYANYUK DAN TIDAK BERMAYA BERSABARLAH WAHAI ANAKKU DAN CUBA MEMAHAMI DIRI KAMI.

JIKA KAMI MAKAN, BERSELERAK, MENGOTORKAN MEJA, MEMECAHKAN PINGGAN KERANA TIDAK MAMPU MEMEGANG PINGGAN LAGI, KAMI TIDAK MAMPU UNTUK MENYUAPKAN NASI KE MULUT KAMI, JANGANLAH MEMAKI HAMUN KAMI SEPERTI ANJING KURAP DAN INGATLAH KETIKA KAMU MASIH KECIL KAMI MENYUAPKAN MAKANAN KE MULUT KAMU DENGAN HARAPAN KAMU MENJADI ANAK YANG SIHAT DAN DAPAT MENERUSKAN KEHIDUPAN, BERBEZA DENGAN KAMU YANG MENYUAPKAN NASI KE MULUT KAMI YANG MENGHARAPKAN KAMI MATI SEGERA.

JIKA KAMI TIDAK MAMPU UNTUK MEMAKAI BAJU DAN MENYIKAT RAMBUT KAMI LAGI NANTI KERANA TERLALU LEMAH DAN SAKIT, JANGANLAH MENGHERDIK KAMI SEPERTI KANAK-KANAK KECIL DAN INGATLAH KETIKA KAMI MEMAKAIKAN KAMU BAJU DAN MENYISIR RAMBUT KAMU SEWAKTU KAMU MASIH KECIL DENGAN PENUH KASIH SAYANG.

JIKA KAMI BERCAKAP DENGAN KAMU, KAMI MENGULANGINYA LAGI CERITA DAN BENDA YANG SAMA, JANGANLAH TIDAK MEMPEDULIKAN KAMI TUMPUKAN PERHATIAN KEPADA KAMI KERANA KETIKA KAMU KECIL KAMI MEMBACA BUKU CERITA YANG SAMA SEHINGGA KAMU TERTIDUR TANPA RASA JEMU DAN BOSAN.
JIKA KAMI TIDAK MAHU MANDI DAN JANGANLAH MEMALUKAN KAMI DAN MEMARAHI KAMI. INGATLAH KETIKA KAMU KECIL KAMI MENYURUH KAMU MANDI DAN KAMU MEMBERIKAN PELBAGAI ALASAN. KAMI TETAP BERSABAR DENGAN KARENAHMU WAHAI ANAK-ANAKKU.

JIKA ADA BENDA-BENDA BARU YANG KAMI TIDAK TAHU, AJARLAH KAMI DENGAN LEMAH LEMBUT. INGATLAH KAMI TELAH BANYAK MENGAJAR PERKARA-PERKARA BARU KETIKA KAMU KECIL. MAKAN DENGAN BETUL, MEMAKAI BAJU DENGAN BETUL, BERSOLAT, MEMBACA AL-QURAN, MENUTUP AURAT, BERSABAR, JANGAN BAKHIL DAN JANGAN TAKUT BILA MEMPERJUANGKAN ISLAM.

JIKA KAMI TIDAK MAHU MAKAN, JANGANLAH TERLALU MEMAKSA KAMI. KAMI AKAN MAKAN BILA SAMPAI MASANYA. HULURKAN TANGAN SEWAKTU KAMI TIDAK MAMPU BERJALAN SEPERTI KAMU BARU MULA BELAJAR BERJALAN.

JIKA KAMI SELALU “MEREPOTKAN ” KAMU ATAU MELECEHKAN KEHIDUPAN KAMU SEBAB KAMI SUDAH TIDAK PRODUKTIF LAGI JANGANLAH MENGHANTAR KAMI KE RUMAH ORANG TUA-TUA KERANA DI SITU MERUPAKAN TRANSIT KAMI YANG TERAKHIR SEBELUM KAMI BERPINDAH KE ALAM KUBUR, INGATLAH KETIKA KAMU KECIL KAMU SELALU “MEREPOTKAN ” KAMI DAN KAMI SENTIASA BERJAGA MALAM UNTUK MEMASTIKAN KAMU SENTIASA SELESA DAN DAPAT TIDUR DENGAN NYENYAK.

JANGAN KAMU MARAH AKAN KEADAAN KAMI. JANGAN KAMU BENCI AKAN KEADAAN KAMI. JANGAN KAMU SESALI AKAN KEADAAN KAMI. JANGAN KAMU MALU AKAN KEADAAN KAMI. JANGAN KAMU MEMANDANG HINA AKAN KEADAAN KAMI. JANGAN KAMU MEMANDANG JIJIK AKAN KEADAAN KAMI. JANGAN KAMU PERLEKEHKAN KAMI. JANGAN KAMU CACI MAKI KAMI. JANGAN KAMU CERCA KAMI……………KERANA BILA KAMU SUDAH MENJADI SEPERTI KAMI, KAMU AKAN FAHAM AKAN KEADAAN KAMI.

HANYA YANG MENJADI HARAPAN KAMI WAHAI ANAK2 KU……………………SEDEKAHKAN AL-FATIHAH SEKIRANYA KAMI TELAH BERPINDAH KE ALAM BARZAKH, DOAKAN KESEJAHTERAAN KAMI SETIAP KALI SELESAI MENUNAIKAN SOLAT SEPERTI YANG DIAJARKAN OLEH ALLAH S.W.T “ YA ALLAH AMPUNKAN DOSAKU DAN DOSA KEDUA IBU BAPAKU DAN RAHMATILAH KEDUA-DUANYA YA ALLAH KERANA KEDUA-DUANYA TELAH MENDIDIKKU SEMASA KECIL SEHINGGA AKU MENGENALIMU YA ALLAH ” DAN AKHIRNYA ANAKKU…….. JANGANLAH KAMU MELAKUKAN KEMAKSIATAN KEPADA ALLAH KERANA IANYA AKAN MENYEBABKAN KAMI AKAN DISIKSA OLEH MALAIKAT-MALAIKAT ALLAH LANTARAN DARI KEALPAAN DAN KELALAIAN KAMI MENDIDIK KAMU DAHULU.

“YA ALLAH MANFAATKAN KAMI DI ATAS APA YANG ENGKAU AJAR KEPADA KAMI, AJARKANLAH KEPADA KAMI YA ALLAH DENGAN PERKARA-PERKARA YANG BERMANFAAT BAGI KAMI.

PANDANGLAH KAMI YA ALLAH DENGAN PANDANGAN RAHMAT DAN KASIH SAYANGMU DAN JANGANLAH ENGKAU PANDANG KAMI YA ALLAH DENGAN PANDANGAN KEMURKAANMU.

KAMI MERENDAHKAN DIRI KAMI YANG HINA DINA INI YA ALLAH, YANG JAHIL INI YA ALLAH, YANG LEMAH INI YA ALLAH, YANG BANYAK MELAKUKAN DOSA INI YA ALLAH.

AMPUNKAN DOSA KAMI YA ALLAH, SIAPAKAH YANG DAPAT MENGAMPUNKAN DOSA KAMI YANG BANYAK KALAU BUKAN ENGKAU YA ALLAH. AMPUNKAN DOSA KEDUA IBUBAPA KAMI YA ALLAH. AMPUNKAN DOSA AYAH KAMI YA ALLAH, AYAH YANG TELAH MEMBANTING TULANG EMPAT KERATNYA MEMBESARKAN KAMI SEHINGGA MENJADI MANUSIA YANG BERGUNA. AMPUNKAN DOSA IBU KAMI YA ALLAH,KERANA DARIPADA PERUTNYA YANG MULIA LAHIRLAH KAMI SEHINGGA KAMI MENJADI HAMBA YANG SUJUD KEPADAMU YA ALLAH.

AMPUNKAN DOSA ADIK-BERADIK KAMI YA ALLAH, KALAU MEREKA MASIH TIDAK MENYEMPURNAKAN KETAATAN MEREKA KEPADAMU YA ALLAH. AMPUNKAN DOSA SAUDARA-MARA KAMI YA ALLAH KERANA MASIH RAMAI DI KALANGAN SAUDARA-MARA KAMI YANG MASIH JAUH DARIPADA AGAMAMU YA ALLAH. AMPUNKANLAH DOSA TOK-TOK GURU KAMI, USTAZ-USTAZ KAMI, GURU-GURU KAMI YANG TIDAK PERNAH JEMU-JEMU MENDIDIK KAMI, MENTARBIYAH KAMI, MENEGUR KAMI DAN MEMPERBETULKAN KAMI.

YA ALLAH JADIKANLAH ANAK ZURIAT KAMI ANAK-ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH. JADIKANLAH ANAK-ANAK KAMI, ANAK-ANAK YANG BOLEH MENGUSUNG KERANDA KAMI KE KUBUR KALAU KAMI MATI KELAK. JADIKAN ANAK-ANAK KAMI YA ALLAH, ANAK-ANAK YANG TAHU MEMBACA AL-FATIHAH SEBAGAI SURAH PENTING BILA BERLAKU KEMATIAN. JADIKAN ANAK-ANAK KAMI YA ALLAH, ANAK-ANAK YANG BOLEH MEMBACA SURAH YAASIN KETIKA KAMI SEDANG SAKRATUL MAUT. JADIKAN ANAK-ANAK KAMI YA ALLAH ANAK-ANAK YANG MAMPU MEMANDIKAN MAYAT KAMI DENGAN KELEMBUTAN DAN KASIH SAYANG. JADIKAN ANAK-ANAK KAMI YA ALLAH, ANAK-ANAK YANG TIDAK KEKOK UNTUK MENDIRIKAN SOLAT JENAZAH DENGAN EMPAT KALI TAKBIR JIKA KAMI MATI YA ALLAH. JADIKAN ANAK-ANAK KAMI YA ALLAH,ANAK-ANAK YANG TIDAK BAKHIL UNTUK MENDOAKAN KSEJAHTERAAN KAMI YA ALLAH JIKA KAMI BERPINDAH KE ALAM BARZAKH.

YA ALLAH, YA RAHMAN, YA RAHIM,YA TUHAN KAMI.

JANGAN ENGKAU UJI KAMI, KALAU ENGKAU UJI KAMI, ENGKAU AKAN BUKA KELEMAHAN KAMI, ENGKAU AKAN KOYAKKAN TABIR-TABIR KELEMAHAN KAMI DAN ENGKAU AKAN AZAB KAMI.

WAHAI ALLAH YANG MEMBALIK-BALIKKAN HATI, TETAPKANLAH HATI KAMI DI ATAS AGAMAMU, TETAPKAN HATI KAMI DI ATAS KETAATAN KEPADAMU DAN TETAPKANLAH HATI KAMI DI ATAS KETAATAN RASULMU.

BUAT KALI TERAKHIRNYA YA ALLAH, SEKALI LAGI KAMI SEBAGAI HAMBA YANG HINA-DINA INI,YANG JAHIL MURAQAB INI, YANG TIDAK BERDAYA INI, YANG LEMAH INI………PANDANGLAH KAMI YA ALLAH DENGAN PANDANGAN RAHMATMU, DAN JANGANLAH ENGKAU PANDANG KAMI YA ALLAH DENGAN PANDANGAN KEMURKAANMU.KAMI MENGHARAPKAN KEAMPUNAN DAN KERIDHAANMU YA ALLAH. “

NUKILAN DAN DOA PENULIS DARI DIDIKAN ILLAHI YANG MENGASIHI, AJARAN NABI YANG MENYINARI, KESUNGGUHAN IBU BAPA YANG BERDEDIKASI, PENGAMATAN HATI SENDIRI, PENGALAMAN HIDUP YANG MENYAYATI HATI, AIR MATA KEINSAFAN YANG MEMBASAHI PIPI, PERKONGSIAN HARAPAN YANG TIDAK BERTEPI, KEPERITAN KEHIDUPAN YANG PERNAH DILALUI. BUAT TATAPAN KOTAK JIWA YANG SEPI DAN MELEMBUTKAN NAFSU YANG MASIH KELIRU DAN TERCARI-CARI MATLAMAT SEBENAR KEHIDUPAN INSANI.

IKHLAS,
KAMALULHYSHAM@FARHAN
DHUHA,KHAMIS (30 OGOS 2010/20 RAMADHAN 1431)

22 May 2010

Catatan Trip Europe 2010

Selepas 40 tahun... hajat aku untuk ke europe tercapai bila menjejakkan kaki ke bumi penjajah tersebut..hehe Sepantas panggilan sms dari si Kayrul 2 minggu sebelum itu, aku diajak untuk join trip kumpulan 'menteri-menteri' itu untuk ke UK, Amsterdam (Belanda)/Holland, Paris dan Germany.. terus jadi.. malam tu jgk aku search on-line untuk book tiket flight KLM (KL-Amsterdam), flight Ryanair UK ke germany, train EuroStar ke Paris dan cruise StenaLine Amsterdam ke London... terrer jgk aku ni... siap dlm 1 mlm habis credit card aku rm5 ribu...

Sebagai kenangan dan pengalaman, berikut aku abadikan suka duka dan liku2 sepanjang perjalanan di sana. Bak kata si Aidil.."kenangan mesti dibukukan supaya menjadi tatapan generasi akan datang..." hehe

25 April 2010 (Ahad)
8.30 mlm - departure flight SIA dari KLIA ke Changi Airport, Singapore (transit).
10.00 mlm - Changi ke Amsterdam flight KLM selama 14 jam..

Di KLIA sebelum penerbangan transit Singapore-Amsterdam

26 April 2010 (Isnin)
7.00 pagi (3ptg waktu Malaysia) - tiba di Shippol Airport, Amsterdam (Belanda). Suhu sekitar 9deg. C.

Tiba di Schiphol Airport, Amsterdam

Bersama 'menteri-menteri' yang turut berlibur... Dari kiri : Nadzari, Aidil, Pudzil & Kayrul

9.00 pg - check-in di Hotel Zanaam, Amsterdam
10.00 pg - berjalan2 di bandaraya Amsterdam, shopping street, makan tengahari di restoran warga Mesir

Makan tengahari di restoran warga Mesir. Sewa kedai RM20,000 sebulan...

1.00 ptg - naik bot melayari sepanjang sungai Amsterdam. Pemandangan indah bangunan2 di pinggir sungai yang tidak pernah ditenggelami air..menakjubkan...

Bersiar-siar di Amsterdam City

4.00 ptg - menaiki train dari Amsterdam ke Rotterdam dan Van de Holland
6.30 ptg - menaiki cruise 'Stena Line' untuk belayar dari Holland ke London
10.00 mlm - cruise mula belayar selama 8-9 jam

Check-in pelayaran cruise Stena Line dari Van de Holland ke Harwich, London


27 April 2010 (Selasa)
6.30 pg - sampai di pelabuhan Harwich, UK. Terdapat sedikit masalah di emegresen Harwich tetapi selesai selepas 'soal-jawab' selama 1 jam.. naik bp aku...!!!

Imigresen yang kontroversi di Harwich...

9.00 pg - naik train dari Harwich ke London
10.30 pg - sampai di Liverpool Street Station, London
11.50 pg - naik train Euro Star dari San Pancras Station untuk perjalanan London ke Paris. Perjalanan melalui terowong bawah laut Selat Inggeris selama 2 1/2 jam untuk sampai di Disneyland Station, Paris.. menakjubkan...
3.00 ptg - sampai di Disneyland Paris Station.
4.00 ptg - check-in di Dream Castle Hotel (4*), Disneyland, Paris.
5.00 ptg - bersiar-siar di sekitar tasik dan taman yang amat menyamankan, mandi di swimming pool, sauna dan steam di hotel.

Suasana yang nyaman di Dream Castle Hotel, Disneyland, Paris

28 April 2010 (Rabu)
5.30 pg - seawal pagi bersiar-siar di ladang 'bunga kuning' di hadapan hotel. 5.30pg tp dah cerah...

Pemandangan di hadapan hotel

6.30 pg - sarapan di hotel.. makan roti lor...
8.00 pg - bersiar-siar di kawasan Disneyland Paris, Disneyland Studio, Planet Hollywood dan wild west studio... shopping di Disneyland Shoppe...
10.00 pg - naik train ke bandaraya Paris.
11.00 pg - tiba di bandar Paris. Jalan-jalan ke gerbang Arc de Triumphe dan Eiffel Tower (besi buruk)...

Arc de Triumphe, Paris

Effiel Tower, Paris

3.00 ptg - train balik ke Disneyland Paris
5.30 ptg - naik train Euro Star untuk balik ke London.
9.00 mlm - sampai di San Pancras Station, London.
10.00 mlm - naik train-train-train-train untuk ke rumah Azhar @ Ar di Guildford.
11.30 mlm - sampai di Guildford. Ar menunggu di station. Singgah di Tesco utk beli barang2 dapur..hehe
12.30 pg - sampai di rumah Ar. Dijamu makan nasi... ohhhh dah 4 hari aku xjumpa nasi.. sedapnya...!!!!!

29 April 2010 (Khamis)
8.00 pg - dijamu makan nasi lemak... aduhhhhh... sedapnya... dah lama tak pekena nasi lemak...
9.00 pg - ronda2 dengan kereta Ar dgn Zura dan anaknya, Muaz.. untuk ke Stonehenge London (1 dr keajaiban dunia..??). Batu-batu tergantung....

Stonehenge, London

11.00 pg - ke Castle Palace Museum... cantik... hijau... menawan...
12.00 thari - balik ke bandar Guildford. Shopping di mall.. barang2 jenama sangat murah... clark?? cuma 30 pound...
5.00 ptg - ke castle Guildford, taman bunga2 tulip.. pelbagai warna.. cantiknya...

Famili Ar yang banyak membantu lawatan, penginapan dan makanan kami... terima kasih...

7.00 ptg - balik ke rumah Ar.. masak spaggeti la plak utk makan malam.. anak org puteh... sedap2 hingga mnjilat jari...
10.00 mlm - keluar lagi ke Tesco untuk shopping coklat dll... murah2 dan sedap2... utk dibawa balik ke Malaysia...
11.30 mlm - balik ke rumah dan tido.. penat...

30 April 2010 (Jumaat)
9.00 pg - naik train untuk balik ke London. Ar hantar ke station Guildford... terima kasih Ar.. bila la nak datang lagi...

Sebelum berangkat pulang dari rumah Ar...

10.30 pg - sampai di Bayswater Station, London untuk check-in di Malaysian Hall.. berkumpul dengan kumpulan satu lagi... Hj Razani, Mohd Nor, Nadzari dan Aidil...

11.30 pg - bersiar2 di bandar London...

Suasana di bandar London

12.30 thari - balik ke Malaysian Hall untuk Solat Jumaat di situ. Ramainya warga Malaysia utk solat Jumaat... makan di restoran masakan melayu...
3.00 ptg - ronda-ronda lagi di bandar London... Buckingham Palace, Trafalgar Square, dll... shopping di Shopping Street London...

Berhadapan gerbang masuk Buckingham Palace

7.00 mlm - bjalan malam ke London Bridge dan Tower Bridge... sangat2 cantik wajah di malam hari...
11.00 mlm - balik ke Malaysian Hall.. tido... kepenatan yg amat sangat...

Kupu-kupu malam di London Bridge. Di belakang - Bridge Tower, London

1 Mei 2010 (Sabtu)
8.00 pg - naik teksi untuk ke Stansted Airport utk ke Dusseldorf, Germany.
10.00 pg - naik flight Ryanair.. mcm Airasia...
11.00 pg - sampai di Airport Wezee Germany... anak Hj Razani, Ahmad Khairi menunggu di sana...

Tiba di Airport Wezee, Dusseldorf, Germany di sambut oleh anak Hj Razani, Sdr Khairi (2 dari kiri)

11.30 pg - naik bas, train utk Dusseldorf...
1.00 ptg - sampai di Dusseldorf.. makan tengahari di restoran Turki.. solat di Surau Turki di situ... ramainya jemaah di situ...
3.00 ptg - train ke Koln.. shopping dan melawat Dome, jalan2 tepi sungai & makan ais kerim... aktiviti memanaskan badan...hehehe
7.00 mlm - balik ke Dusseldorf.. pengalaman berlari2 mengejar train.. hehe
10.00 mlm - sampai di rumah Khairi bersama rakan2 pelajar Malaysia di sana.. Edi dan Zafrul...
12.00 mlm - tido... lagi kepenatan...

2 Mei 2010 (Ahad)
8.30 pg - sarapan dan bersiar2 ke universiti tempat Khairi belajar...

Rumah tumpangan Sdr Khairi dan kawan2...

Di hadapan universiti Sdr Khairi

9.30 pg - naik bas, train-train-train-train-train utk ke Rammond, sempadan Germany/Holland..
3.00 ptg - sampai di Rammond.. shopping barang2 jenama berpusat di sana.. Adidas, Nike, Clark, dll...

Di Rammond Station, sempadan Holland/Germany

6.00 ptg - naik train utk balik ke Amsterdam...
9.00 mlm - sampai di Amstrdam..
10.00 mlm - check-in di budget hotel, Amsterdam... 12 org 1 dorm... keluar cari2 makan malam... melalui RLS... "seram"....
11.30 mlm - balik bilik tido... kepenatan...

3 Mei 2010 (Isnin)
8.00 pg - keluar ronda2 di bandaraya Amsterdam, naik tram, shopping-shopping-shopping.... suhu paling sejuk 3deg. C... dengan hujan renyai2... hidung berair...

Hari terakhir di Amsterdam City sebelum pulang ke Malaysia. Suhu 3-4deg. C...

4.00 ptg - naik train untuk ke Shiphol Airport, Amsterdam...
8.00 mlm - departure balik ke Malaysia naik flight KLM... 12 jam... selamat tinggal Europe...

4 Mei 2010 (Selasa)
3.30 ptg - sampai di KLIA
... berakhir satu pengembaraan yang menakjubkan...

25 March 2010

Adam dapat beskal...

23 Mac 2010 genap umur Adam 3 tahun... Tahun ni besar rezeki dapat hadiah basikal dari rakan2 pejabat... selalunya dapat hadiah seluar dgn baju jer... terima kasih semua...

Jamuan makan malam telah diadakan di Rumbia Resort Paka bersempena juga tamat perkhidmatan Haroma dan Nanie dari tapak LPT2 sehingga Mac 2010... semoga kalian berdua sukses selalu di tempat baru...

11 March 2010

Cameron 4-6/3/2010








"Ni b***** ayah~~~" apa la Adam ni...

20 January 2010

Bezday Ayah 13.1.2010

Dah tue2 pun nak celebrate bezday jugak..??? ye la kecik2 xpandai dan xda sapa2 nak ajor smbut bezday ni... ni la budak2 skarang dah demand.. bila bezday je nak kek la.. nak hadiah la.. nak buat makan2 pnggil kwn2, sedara2 la.. nnti bnyak dpt hadiah..?? xkan sedara dtg xbw apa2..???

eee..klu bleh nak berentikan je budaya ni... tp apa kan daye.. bezday kita pun org pnggil buat makan2.. ater.. makan je le... ni gmbor2 org tue smbut bezday.. ajer yg joghen.. dpt 2 kek lg taun ni... dua2 dr secret recipe.. satu kala koko, satu kala kunin.. mahei oii.. kurang2 rm80 sbijik.. mak oi 2 kek dah dekat rm200... org kat kg boleh beli brg dapur 2 bulan tu...!!!

makan je le... jgn byk tanye...

pape pun.. tkasih Gee sudi masak dan buat makan2 kat rmah mu ni...