Nukilan ini teman petik dari web Masjid Assobirin, Taman Lembah Keramat. Ustaz Farhan ialah Timbalan Nazir masjid itu...
Sempena Aidilfitri 2010 ini... hayatilah harapan seluruh ibu bapa ini....
Gambar HiasanHARAPAN IBUBAPA
SATU HARI NANTI APABILA KAMU MELIHAT KAMI MENJADI TUA, LEMAH, BERKEDUT, PELUPA, HODOH, BURUK, TIDAK CERGAS, NYANYUK DAN TIDAK BERMAYA BERSABARLAH WAHAI ANAKKU DAN CUBA MEMAHAMI DIRI KAMI.
JIKA KAMI MAKAN, BERSELERAK, MENGOTORKAN MEJA, MEMECAHKAN PINGGAN KERANA TIDAK MAMPU MEMEGANG PINGGAN LAGI, KAMI TIDAK MAMPU UNTUK MENYUAPKAN NASI KE MULUT KAMI, JANGANLAH MEMAKI HAMUN KAMI SEPERTI ANJING KURAP DAN INGATLAH KETIKA KAMU MASIH KECIL KAMI MENYUAPKAN MAKANAN KE MULUT KAMU DENGAN HARAPAN KAMU MENJADI ANAK YANG SIHAT DAN DAPAT MENERUSKAN KEHIDUPAN, BERBEZA DENGAN KAMU YANG MENYUAPKAN NASI KE MULUT KAMI YANG MENGHARAPKAN KAMI MATI SEGERA.
JIKA KAMI TIDAK MAMPU UNTUK MEMAKAI BAJU DAN MENYIKAT RAMBUT KAMI LAGI NANTI KERANA TERLALU LEMAH DAN SAKIT, JANGANLAH MENGHERDIK KAMI SEPERTI KANAK-KANAK KECIL DAN INGATLAH KETIKA KAMI MEMAKAIKAN KAMU BAJU DAN MENYISIR RAMBUT KAMU SEWAKTU KAMU MASIH KECIL DENGAN PENUH KASIH SAYANG.
JIKA KAMI BERCAKAP DENGAN KAMU, KAMI MENGULANGINYA LAGI CERITA DAN BENDA YANG SAMA, JANGANLAH TIDAK MEMPEDULIKAN KAMI TUMPUKAN PERHATIAN KEPADA KAMI KERANA KETIKA KAMU KECIL KAMI MEMBACA BUKU CERITA YANG SAMA SEHINGGA KAMU TERTIDUR TANPA RASA JEMU DAN BOSAN.
JIKA KAMI TIDAK MAHU MANDI DAN JANGANLAH MEMALUKAN KAMI DAN MEMARAHI KAMI. INGATLAH KETIKA KAMU KECIL KAMI MENYURUH KAMU MANDI DAN KAMU MEMBERIKAN PELBAGAI ALASAN. KAMI TETAP BERSABAR DENGAN KARENAHMU WAHAI ANAK-ANAKKU.
JIKA ADA BENDA-BENDA BARU YANG KAMI TIDAK TAHU, AJARLAH KAMI DENGAN LEMAH LEMBUT. INGATLAH KAMI TELAH BANYAK MENGAJAR PERKARA-PERKARA BARU KETIKA KAMU KECIL. MAKAN DENGAN BETUL, MEMAKAI BAJU DENGAN BETUL, BERSOLAT, MEMBACA AL-QURAN, MENUTUP AURAT, BERSABAR, JANGAN BAKHIL DAN JANGAN TAKUT BILA MEMPERJUANGKAN ISLAM.
JIKA KAMI TIDAK MAHU MAKAN, JANGANLAH TERLALU MEMAKSA KAMI. KAMI AKAN MAKAN BILA SAMPAI MASANYA. HULURKAN TANGAN SEWAKTU KAMI TIDAK MAMPU BERJALAN SEPERTI KAMU BARU MULA BELAJAR BERJALAN.
JIKA KAMI SELALU “MEREPOTKAN ” KAMU ATAU MELECEHKAN KEHIDUPAN KAMU SEBAB KAMI SUDAH TIDAK PRODUKTIF LAGI JANGANLAH MENGHANTAR KAMI KE RUMAH ORANG TUA-TUA KERANA DI SITU MERUPAKAN TRANSIT KAMI YANG TERAKHIR SEBELUM KAMI BERPINDAH KE ALAM KUBUR, INGATLAH KETIKA KAMU KECIL KAMU SELALU “MEREPOTKAN ” KAMI DAN KAMI SENTIASA BERJAGA MALAM UNTUK MEMASTIKAN KAMU SENTIASA SELESA DAN DAPAT TIDUR DENGAN NYENYAK.
JANGAN KAMU MARAH AKAN KEADAAN KAMI. JANGAN KAMU BENCI AKAN KEADAAN KAMI. JANGAN KAMU SESALI AKAN KEADAAN KAMI. JANGAN KAMU MALU AKAN KEADAAN KAMI. JANGAN KAMU MEMANDANG HINA AKAN KEADAAN KAMI. JANGAN KAMU MEMANDANG JIJIK AKAN KEADAAN KAMI. JANGAN KAMU PERLEKEHKAN KAMI. JANGAN KAMU CACI MAKI KAMI. JANGAN KAMU CERCA KAMI……………KERANA BILA KAMU SUDAH MENJADI SEPERTI KAMI, KAMU AKAN FAHAM AKAN KEADAAN KAMI.
HANYA YANG MENJADI HARAPAN KAMI WAHAI ANAK2 KU……………………SEDEKAHKAN AL-FATIHAH SEKIRANYA KAMI TELAH BERPINDAH KE ALAM BARZAKH, DOAKAN KESEJAHTERAAN KAMI SETIAP KALI SELESAI MENUNAIKAN SOLAT SEPERTI YANG DIAJARKAN OLEH ALLAH S.W.T “ YA ALLAH AMPUNKAN DOSAKU DAN DOSA KEDUA IBU BAPAKU DAN RAHMATILAH KEDUA-DUANYA YA ALLAH KERANA KEDUA-DUANYA TELAH MENDIDIKKU SEMASA KECIL SEHINGGA AKU MENGENALIMU YA ALLAH ” DAN AKHIRNYA ANAKKU…….. JANGANLAH KAMU MELAKUKAN KEMAKSIATAN KEPADA ALLAH KERANA IANYA AKAN MENYEBABKAN KAMI AKAN DISIKSA OLEH MALAIKAT-MALAIKAT ALLAH LANTARAN DARI KEALPAAN DAN KELALAIAN KAMI MENDIDIK KAMU DAHULU.
“YA ALLAH MANFAATKAN KAMI DI ATAS APA YANG ENGKAU AJAR KEPADA KAMI, AJARKANLAH KEPADA KAMI YA ALLAH DENGAN PERKARA-PERKARA YANG BERMANFAAT BAGI KAMI.
PANDANGLAH KAMI YA ALLAH DENGAN PANDANGAN RAHMAT DAN KASIH SAYANGMU DAN JANGANLAH ENGKAU PANDANG KAMI YA ALLAH DENGAN PANDANGAN KEMURKAANMU.
KAMI MERENDAHKAN DIRI KAMI YANG HINA DINA INI YA ALLAH, YANG JAHIL INI YA ALLAH, YANG LEMAH INI YA ALLAH, YANG BANYAK MELAKUKAN DOSA INI YA ALLAH.
AMPUNKAN DOSA KAMI YA ALLAH, SIAPAKAH YANG DAPAT MENGAMPUNKAN DOSA KAMI YANG BANYAK KALAU BUKAN ENGKAU YA ALLAH. AMPUNKAN DOSA KEDUA IBUBAPA KAMI YA ALLAH. AMPUNKAN DOSA AYAH KAMI YA ALLAH, AYAH YANG TELAH MEMBANTING TULANG EMPAT KERATNYA MEMBESARKAN KAMI SEHINGGA MENJADI MANUSIA YANG BERGUNA. AMPUNKAN DOSA IBU KAMI YA ALLAH,KERANA DARIPADA PERUTNYA YANG MULIA LAHIRLAH KAMI SEHINGGA KAMI MENJADI HAMBA YANG SUJUD KEPADAMU YA ALLAH.
AMPUNKAN DOSA ADIK-BERADIK KAMI YA ALLAH, KALAU MEREKA MASIH TIDAK MENYEMPURNAKAN KETAATAN MEREKA KEPADAMU YA ALLAH. AMPUNKAN DOSA SAUDARA-MARA KAMI YA ALLAH KERANA MASIH RAMAI DI KALANGAN SAUDARA-MARA KAMI YANG MASIH JAUH DARIPADA AGAMAMU YA ALLAH. AMPUNKANLAH DOSA TOK-TOK GURU KAMI, USTAZ-USTAZ KAMI, GURU-GURU KAMI YANG TIDAK PERNAH JEMU-JEMU MENDIDIK KAMI, MENTARBIYAH KAMI, MENEGUR KAMI DAN MEMPERBETULKAN KAMI.
YA ALLAH JADIKANLAH ANAK ZURIAT KAMI ANAK-ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH. JADIKANLAH ANAK-ANAK KAMI, ANAK-ANAK YANG BOLEH MENGUSUNG KERANDA KAMI KE KUBUR KALAU KAMI MATI KELAK. JADIKAN ANAK-ANAK KAMI YA ALLAH, ANAK-ANAK YANG TAHU MEMBACA AL-FATIHAH SEBAGAI SURAH PENTING BILA BERLAKU KEMATIAN. JADIKAN ANAK-ANAK KAMI YA ALLAH, ANAK-ANAK YANG BOLEH MEMBACA SURAH YAASIN KETIKA KAMI SEDANG SAKRATUL MAUT. JADIKAN ANAK-ANAK KAMI YA ALLAH ANAK-ANAK YANG MAMPU MEMANDIKAN MAYAT KAMI DENGAN KELEMBUTAN DAN KASIH SAYANG. JADIKAN ANAK-ANAK KAMI YA ALLAH, ANAK-ANAK YANG TIDAK KEKOK UNTUK MENDIRIKAN SOLAT JENAZAH DENGAN EMPAT KALI TAKBIR JIKA KAMI MATI YA ALLAH. JADIKAN ANAK-ANAK KAMI YA ALLAH,ANAK-ANAK YANG TIDAK BAKHIL UNTUK MENDOAKAN KSEJAHTERAAN KAMI YA ALLAH JIKA KAMI BERPINDAH KE ALAM BARZAKH.
YA ALLAH, YA RAHMAN, YA RAHIM,YA TUHAN KAMI.
JANGAN ENGKAU UJI KAMI, KALAU ENGKAU UJI KAMI, ENGKAU AKAN BUKA KELEMAHAN KAMI, ENGKAU AKAN KOYAKKAN TABIR-TABIR KELEMAHAN KAMI DAN ENGKAU AKAN AZAB KAMI.
WAHAI ALLAH YANG MEMBALIK-BALIKKAN HATI, TETAPKANLAH HATI KAMI DI ATAS AGAMAMU, TETAPKAN HATI KAMI DI ATAS KETAATAN KEPADAMU DAN TETAPKANLAH HATI KAMI DI ATAS KETAATAN RASULMU.
BUAT KALI TERAKHIRNYA YA ALLAH, SEKALI LAGI KAMI SEBAGAI HAMBA YANG HINA-DINA INI,YANG JAHIL MURAQAB INI, YANG TIDAK BERDAYA INI, YANG LEMAH INI………PANDANGLAH KAMI YA ALLAH DENGAN PANDANGAN RAHMATMU, DAN JANGANLAH ENGKAU PANDANG KAMI YA ALLAH DENGAN PANDANGAN KEMURKAANMU.KAMI MENGHARAPKAN KEAMPUNAN DAN KERIDHAANMU YA ALLAH. “
NUKILAN DAN DOA PENULIS DARI DIDIKAN ILLAHI YANG MENGASIHI, AJARAN NABI YANG MENYINARI, KESUNGGUHAN IBU BAPA YANG BERDEDIKASI, PENGAMATAN HATI SENDIRI, PENGALAMAN HIDUP YANG MENYAYATI HATI, AIR MATA KEINSAFAN YANG MEMBASAHI PIPI, PERKONGSIAN HARAPAN YANG TIDAK BERTEPI, KEPERITAN KEHIDUPAN YANG PERNAH DILALUI. BUAT TATAPAN KOTAK JIWA YANG SEPI DAN MELEMBUTKAN NAFSU YANG MASIH KELIRU DAN TERCARI-CARI MATLAMAT SEBENAR KEHIDUPAN INSANI.
IKHLAS,
KAMALULHYSHAM@FARHAN
DHUHA,KHAMIS (30 OGOS 2010/20 RAMADHAN 1431)