12 February 2011

5 "KESALAHAN" DI FACEBOOK

Facebook membolehkan kita berkomunikasi dengan orang lain (termasuklah yang kita tidak kenali atau belum pernah bertemu). Ia merupakan jambatan membina hubungan dan bertukar-tukar fikiran. Umumnya, pengalaman pengguna Facebook adalah positif, bagaimanapun berhati-hatilah dengan beberapa perkara berikut”

1. Mendedahkan terlalu banyak maklumat peribadi

Sekiranya anda mendedahkan nama penuh, tarikh lahir, nombor telefon dan nama ibu di Facebook, sesiapa saja boleh mengakses maklumat kad kredit anda melalui telefon. Apa sahaja yang anda anggap sebagai “maklumat peribadi” sudah tidak lagi menjadi milik anda.

2. Menunjukkan kebodohan sendiri

Pertelingkahan melampau, melakukan “character assassination” atau menggunakan bahasa yang buruk hanya menunjukkan tahap dan cara berfikir seseorang. Orang yang dangkal berhujah akan menyerang orang lain – fokusnya bukan kepada “isu” tetapi kepada orang yang memberikan pendapat. Sekiranya anda berhadapan dengan orang sebegini, abaikan saja.

3. Mendedahkan rahsia pasangan (suami atau isteri)

Menulis sesuatu yang buruk terhadap pasangan, akan mengaibkannya. Ia juga mengakibatkan suami atau isteri kecil hati dan memburukkan keadaan. Sekiranya ada masalah, duduk dan berbincang; bukannya menghebahkan ke seluruh dunia melalui Facebook. Selain itu, berhati-hati dengan gambar intim suami-isteri. Apa sahaja yang anda letakkan dalam Facebook adalah menjadi milik awam – walaupun anda memadamkan kemudiannya.

4. Memasukkan pasir dalam periuk nasi

Menulis rasa tidak puas hati dan mendedahkan kelemahan organisasi atau majikan di Facebook. Hampir semua organisasi swasta berhadapan dengan cabaran yang getir, terutama dalam persekitaran ekonomi yang tidak menentu. Memburukkan tempat anda bekerja hanya menambahkan kesukaran pengurusan memajukan syarikat tersebut. Sekiranya anda fikir anda hebat, mempunyai idea besar dan kemahiran pengurusan yang lebih bagus, eloklah berhenti dari syarikat tersebut dan mulakan perniagaan sendiri. Saya doakan anda berjaya!

5. Menjadi pembuli siber

Mengejek, menyakitkan hati dan membuli orang lain. Seringkali pembuli menggunakan nama samaran. Pembuli siber hanya seronok menghentam atau membelasah sesiapa sahaja yang tak sependapat dengannya. Dia tidak berminat untuk bertukar-tukar fikiran atau mendengar pandangan orang lain. Dia merasakan dia seorang sajalah yang betul – orang lain semuanya salah. Dan, dia tidak berasa bersalah untuk membuli sesiapa saja yang tidak setuju dengannya. Delete atau sekat pembuli siber. Ia tidak membawa apa-apa kebaikan kepada sesiapa.

Dipetik dari : http://www.nobisha.com

26 January 2011

Adam ke Tadika Pasti

Tahun 2011 Adam dah 4 tahun...

Asyik memerap dan berkepit dengan umi kat rumah je, baik hantar bersosial sikit kat luar... Aku ambil keputusan hantar Adam ke Tadika Pasti... Ekonomi sikit... Tadika lain2 makan RM100~RM250 sebulan. Kat Pasti RM50 je... tak pe la... kat situ pun bagus jugak... banyak belajar doa2... hehe... Boleh ajar Pak dengan Mak nyer....

Bukannya boleh belajar apa sangat pun... budak2 lagi... biar dia biasa bergaul dengan kawan2....

Hari pertama cukup excited... beg sekolah bawa ke tidur... apa taknye.. satu set pakej Ben-10... beg, kasut, buku, pencil box, pensil, ruler... semua cap Ben-10... elok pulak kaler uniform pun ijo macam kaler Ben-10.. sepadan...

Pagi2 terus berlari masuk kelas... tapi......!!!!! balik dari jauh dah dengar suara dia nangis... haha... tu la tak pernah kena tinggal lama sikit...

Hari kedua... dah mula nangis2 tak nak sekolah... puas dipujuk sehinggu cikgu dukung bawa ke dalam kelas... begitula sampai seminggu....

Minggu ke-2 dah ok sikit.... dah ceria semula... dah rajin nak bercerita apa2 yang belajar di sekolah... harap2 elok la seterusnya.....

Begitu la zaman sekarang... baru 4 tahun ramai dah hantar anak ke sekolah... aku dulu...???? dah umur 7 tahun baru tau nak ke sekolah... terus masuk Darjah 1... Tadika pun tak ada di kampung aku....

Ye la... dulu lain... sekarang lain....

Di halaman rumah dengan bergaya...


Teman setia Ben-10...


Merenung masa hadapan yg penuh cabaran...

Kedamaian Di Mata Ku

Kedamaian Di Mata Ku

Di kolong laut Mu

Aku merenung

Di kolong langit Mu

Aku berpikir

Di kolong bumi Mu

Aku jalani takdirku

Di kolong daratan Mu

Aku tapaki hidupku

Di kolong alam Mu

Aku cari rahmat Mu

Di kolong semesta Mu

Aku rasakan semua

Ya Rabbi, Inilah aku

Manakah kedamaian di mata ku...


Sudah 42 tahun...

13 Januari 2011... genap aku 42 tahun... begitu cepat masa berlalu... kalau ikut tahun Hijrah..umur aku dah 44 tahun.. huhuhu...

Seperti tahun2 yang lepas.. tidak diminta.. aku dirai oleh keluarga dan kawan2... terima kasih semua kerana mengingati hari lahir aku...

Semoga aku dikurniakan hidayahMu Ya Allah...


Kek "Ultraman" dari anak ku...

Happy Birthday AYAH... Tq2


Kek 'Resepi Rahsia'... Tq semua... dari Team LPT2


Dah tua walaweyyy...

03 January 2011

Coretan Awal 2011

Tahun baru datang lagi... 2011. Biasa la.. awal tahun je macam2 kena pikir.. macam2 kena buat.. macam2 pengalaman...

Seperti tahun lepas.. rutin awal tahun aku akan balik ke kampung.. hantar anak ke asrama... aku dulu2 balik asrama naik bas jer.. kalau balik ke u naik keretapi.. duk kat tangga sbb dah penuh sangat.. masa tu mampu duduk kelas 3 je untuk pelajar... kalau masa tu aku banyak duit, aku naik jet jer... tapi kekadang teringat jugak teriakan "na...si lemak... karipap.... teh tarik... kooooooopi 'O' panas....!!!" setiap kali keretapi singgah di stesen....

Bebalik kepada coretan aku di awal tahun, hati pedih masih terasa... duit aku baru melayang hampir RM2 ribu... estima buat hal.. masa nak pakai duit banyak ni la enjin rosak plak.. baru 3 bulan lepas kena RM2 ribu jugak... brek pad yg buat hal... memang tak lama lagi la aku pakai ko wahai estima...!!! Aku akan kawen dengan kete baru plak....!!!@#$%%$@@%^^$##.

Hari Jumaat aku balik kampung, singgah dulu kat Ipoh petang tu atas urusan 'rahsia'.. hehe... Sabtu tahun baru 1/1/11 aku ke Sg Dulang lagi mancing udang dgn abang aku... hasil boleh la... dapat dlm 2-3 kilo... Ahad pagi sambil menjerit2 kat anak aku...."cepat mandiiiiiiiiii..!!! nak antar kak yong daftar 9 pagiiiiiiiiiiii...!!!!!!!!!" Pagi tu aje darah tinggi aku naik 110~140 kot....

9.30 pagi baru smpai kat SM Sains Bagan Datoh... orang dah ramai beratur... mulut aku tak abis2 mengomel... dah daftar kelas, daftar asrama... nak gi beli buku kat koperasi mak ai panjang nyer beratur... tak gerak2 plak tu.. last2 aku cakap dgn anak aku petang nanti gi beli sendiri..... malas nak tunggu....

Dalam perjalanan ke KL, anak aku yg kat asrama tadi call hp aku... aku dah agak mesti ada yg tertinggal ni.... masa ni BP blood pressure maintain lagi... "ayah... ada tak beg sandang orang warna pink tertinggal dlm kete...????".... rasa nak hempas je hp aku.... memang hari tu aku banyak buat senaman mulut..... dgn nada yg amat sopan aku pun menjawab.. "tadi ayah dah pesan check semua barang dah ada ker...?????????????" aku mulakan omelan aku... heii... sabo je la...... sabo2.... ok tutup cite tu.....

Sampai ke KL pukul 1.30 tengahari... aku menghadiri undangan kawen cucu aku di Gombak dan terus memakir kereta aku di tengah panas... tuanya aku ni... cucu pun dah kawen..."Selamat Pengantin Baru Anna dan Shahrul"... Anak2 aku semua ikut sebab Ahad dapat cuti AFF Suzuki Cup... tak sia-sia aku tepon Md Said mintak cuti negeri Tganu jugak...hehe...

Mohon maaf kepada Milah.. tahun ni tak dapat join lama kenduri sebab2 masalah negara....hehe. Berjumpa dengan sanak saudara hari tu memang menyeronokkan... rasa tak nak balik... tak sedar waktu dah pukul 4 petang.... Tiba-tiba........................................

Tiba saat paling hiba di awal tahun ni.... kereta yg tinggalkan di tengah panas hampir 3 jam baru aku tersedar aku terlupa dalam kereta ada 'anak' aku sorang lagi... si Su-chi kucing yg aku angkut balik kampung hampir kelemasan dalam kereta... tingkap, pintu yg tertutup rapat tanpa aliran udara.... Ya Allah... ampun lah aku yg alpa ini... hati aku sangat sebak.... anak2 aku yg tengok pun macam nak nagis jer.... kesiannya tengok kucing tu dah macam tinggal nyawa ikan.. tercungap2.... lidah terjelir... badan dah pucat... terbaring jer... aku ingat dah tak da harapan.... tapi alhamdulillah selepas 1 jam... aku tengok dia dah kembali pulih.... Ya Allah.... ampun kan aku di atas kealpaan ini..... huk..huk.....

Si Su-chi yang tak berdosa menjadi mangsa...

Sampai je di rumah aku di Paka jam 9 malam, aku terus memandikan kucing aku yang dah melekit dengan pasir tempat 'uk-uk' nyer akibat kelemasan tadi.... badannya dah tak serupa kucing... sampai sekarang aku masih tak dapat memaafkan atas kesilapan aku itu.......

Harapan aku di tahun mendatang... hanya berita gembira yang dapat aku coret kan......

24 November 2010

Tahniah Angah 5A UPSR 2010


Tahniah...!!! Tahniah...!!! Tahniah...!!!

Tahniah kepada Angah kerna dpt jge 5A UPSR 2010... berkat usaha gigih dan bantuan tanpa jemu para guru akhirnya membuahkan hasil...

Keputusan UPSR 2010 telah diumumkan pada 11/11/2010. Seramai 32 orang pelajar dari SK Paka II telah beroleh 5A pada tahun 2010 ini.

Tahniah pada semua...

11 October 2010

Walimatul Urus "Shahril & Eida"


Bagi pihak Enda Hj. Tarmidzi Mohd Daud, menjemput semua ahli keluarga ke majlis perkahwinan anak lelaki ; Shahril Azizi Hj. Tarmidzi dengan Norirdawati bt. Ramli seperti berikut :-

Tarikh : 6 November 2010 (Sabtu)
Masa : 12.00 tengahari - 4.00 petang
Alamat : No. 121, RTBK Perlop 2 Lasah, 31110 Sg. Siput (U), Perak.

Semoga dengan kehadiran semua akan menyerikan lagi majlis ini.