26 June 2009

Angah dapat Laptop e-BOOK








Pada 25 Jun 2009 (Khamis), bertempat di Dewan SMK Paka, majlis penyerahan e-book telah diadakan untuk semua pelajar Tahun 5 di kawasan DUN Paka, Dungun. Penyerahan telah dilaksanakan sendiri oleh Menteri Besar Terengganu, YAB Dato' Ahmad Said kepada setiap pelajar Tahun 5 dari 15 buah sekolah kebangsaan iaitu melibatkan seramai 1,444 orang murid.

Penyerahan e-book berikutnya akan dibuat secara berperingkat selepas ini kepada pelajar-pelajar Tahun 4, 3 dan seterusnya semua pelajar di Terengganu.

Aisyah Syahidah (Angah) juga telah turut sama bersama ayah bersalaman dengan YAB Meteri Besar untuk menerima e-book tersebut. E-book yang seberat 1.1kg dan berharga lebih RM1,000 seunit itu akan menggantikan buku teks dan akan dapat meringankan beban pelajar membimbit, mengalas atau mengheret beg ke sekolah.

E-book tersebut lengkap dengan sistem pembelajaran sepertimana buku teks mengikut silibus semasa, 30 juzu' al-Qur'an dengan terjemahan, pelajaran solat termasuk solat jenazah, adab berwuduk, doa-doa, dan sebagainya. Fungsi e-book juga adalah sepertimana laptop biasa iaitu lengkap dengan jaringan internet dengan pelbagai perisian komputer seperti Microsoft Office word, excel, power point, dan sebagainya.

Adalah diharapkan dengan penggunaan e-book ini akan mempertingkatkan lagi kemajuan pendidikan anak-anak selaras dengan perkembangan teknologi maklumat (IT) masakini. Namun begitu, beberapa persoalan dan pertimbangan ibu-bapa seperti penjagaan e-book tersebut yang terdedah dengan kecurian, kerosakan, virus komputer, jaringan internet yang tidak terkawal kepada anak-anak, dan pelbagai masalah yang akan timbul...

kepada Angah, semoga dapat menjaga harta yang terima itu dengan baik dan mengambil semaksima menafaat daripada kemudahan itu...

Salam...

No comments:

Post a Comment