27 September 2009

Raya 2009

Umat Islam di 1Malaysia telah menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 20 Sept 2009 yang lepas. Kami di kampung tidak terlepas dari menyambut hari kebesaran tersebut. Semua keluarga telah pulang beraya di kampung kecuali Ayah Ngah (Abang Puchong) kerana beliau agak kurang sihat.

Hari Raya pertama selepas bermaaf-maafan dengan mak/opah dan sesama seisi keluarga, kami beraya ke rumah Opah Chik. Seperti biasa, menu utama lemang dengan rendang udang yang tidak kami lepaskan.

Paling menarik di raya ke-3, kami berpeluang melihat aksi spesis kecubong (tupai terbang) yang hinggap di pokok duku depan rumah opah. Dah lama tak tengok spesis yang hampir pupus ni.. anak-cucu pun ramai yang baru pertama kali melihatnya. Lihat video bawah skali...

Disini juga gambar2 sebagai kenangan bersama...

Di rumah Anjang Klang

Tu mesti tengok makanan favourite tu.. ais kerim la tu..

Di rumah Andak


Di tepi sungai depan rumah Opah Chik


Di tangga rumah Opah Chik


Di depan Madrasah Besar Kg Bandar Tua






Inilah aksi 'kecubong' terbang

No comments:

Post a Comment