Blok Pentadbiran Blok Akademik
Asrama Putera (Aspura)
Asrama Puteri (Aspuri)
Surau
Kantin
Dewan Serbaguna
Astaka
Dari kiri : Nenek, Safiy, Syasha, Umi (belakang), Aisyah, Adam, Anissah dan Atok
Tanggal 15 Jun 2009, kak yong Aina Safiyyah telah mendaftar ke SM Sains Bagan Datoh. Tahniah dari kami sekeluarga, cita-cita untuk ke asrama sekolah berasrama penuh telah tercapai.
SM Sains Bagan Datoh adalah sekolah yang baru dibuka pada tahun ini 2009. Hanya pelajar tingkatan 1 dan 4 sahaja ditawarkan sebagai pelajar perintis. Oleh kerana ianya sekolah baru, maka banyak lagi fasiliti sekolah yang masih belum sempurna seperti perpustakaan, skim pinjaman buku teks, makmal dan bengkel, guru-guru tenaga pengajar dan kakitangan asrama dan sebagainya. Semoga semua pelajar bersabar dengan situasi begitu. Semoga pihak kementerian dan sekolah dapat menyelesaikan segala permasalahan dengan segera.
Pun begitu, sekolah ini sangat gah dengan rekabentuk binaan yang canggih dan ceria, suasana kelas dan asrama yang selesa, lengkap dengan surau, kantin, dewan serbaguna, wakaf, astaka dan kuarters guru yang menarik. Semua tilam, bantal, almari dan sebagainya serba baru. Pengetua pun sangat ramah dan baik hati.
Selain dari ayah, umi, angah, adek dan Adam, turut sama menghantar kak yong ke asrama adalah tok dan nenek juga turut sama. Terima kasih kerana sudi lapangkan masa. Terima kasih juga kepada adik Anissah Farhani (anak kepada kenalan Amiruddin Jamli, X-Teknik Ipoh) kerana meluang masa bersama kami di sana.
Semoga kak yong tabah dan bersabar sepanjang pembelajaran di sana terutama di peringkat awal ini, terpaksa berpisah dengan keluarga. Semua kejayaan perlu dimulakan dengan pengorbanan.
Kejayaan kak yong ini juga moga menjadi pencetus semangat kepada adik-adik untuk terus berjaya di dalam pelajaran.
Diantara pesan adik-adik...
- nanti balik jangan garang-garang
- nanti balik jangan bertambah gemuk
- nanti balik belikan hadiah
- banyakkan senyuman
OK kak yong, kami semua sayang kak yong... ayah pun sedih terutama selepas hantar adik-adik ke sekolah, selalunya belok ke kanan hantar kak yong ke SMK Seri Paka.. tapi sekarang dah tak da... Uhuk uhuk...
Salam...